STEP 1 - KEPUTUSAN

 

 KEPUTUSAN 




1. Kenapa kes bunuh diri perlu ditangani dengan segera ?

a) Dapat memberi kesan negatif yang mendalam bukan sahaja kepada orang rapat dengan mangsa tetapi kepada semua pihak, seperti

- Ahli Keluarga

- Sahabat rapat

- Masyarakat sekeliling.

b) Balasan kepada orang yang bunuh diri amat dashyat di akhirat, iaitu akan berkekalan dalam neraka selamanya.

- Disebabkan itu, kita perlu membantu mereka ke arah yang betul sebelum terlambat.

c) Kehilangan orang baik dan berhati mulia.

- Kerana kebanyakan mereka yang membunuh diri adalah insan yang baik yang tidak mampu menahan bebanan dugaan dan emosi keseorangan.

- Seperti Kes Gejala buli yang menyebabkan mangsa mereka ingin menamatkan kesengsaraan mereka.

d) Dengan dunia yang penuh dengan masalah kewangan dan kesusahan untuk mendapat kerja manyebabkan mereka percaya tiada harapan atau masa depan bagi mereka.

e) Gangguan Wabak covid-19 yang masih lagi bermasalah:

- Dengan wabak covid 19 yang masih lagi melanda, mereka yang tidak mempunyai keupayaan atau keperluan untuk mengikut jejak langkah peniaga lain yang menjalankan menyebabkan mereka keitinggalan dibelakang lalu menghilangkan pendapatan rezeki mereka

- Dengan bilangan kematian yang masih wujud akibat daripada jangkitan Covid-19, menyebabkan mereka menghadapi tekanan dan kemurungan dalam hidup kerana telah kehilangan orang yang disayangi.

2. Kesan yang akan ditinggalkan jika berterusan:

a) Menyebabkan trauma kepada ahli keluarga dan sahabat rapat.

b) Pengaruh kepada masyarakat khususnya remaja yang mempunyai keinginan untuk bunuh diri.

c) Maruah keluarga dan agama akan rosak dan dipandang hina oleh masyarakat setempat dengan pelbagai spekulasi diberikan.

d) Memberi kesan kepada kesihatan mental dalam kalangan ahli keluarga yang rapat seperti adik beradik

e) Kurangnya orang yang berhati mulia kerana telah jatuh ke dalam mangsa gejala bunuh diri

3. Sokongan Data, Fakta dan Laporan Statistik:

a) Jenayah Membunuh Diri adalah Haram dalam Islam Firman Allah SWT: وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. (Surah al-Israa’: 33) Jelas dinyatakan dalam Surah al-Israa’ secara umum bahawa membunuh tanpa alasan yang benar adalah haram, dan ini juga termasuk dengan perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, orang yang membunuh diri diberikan ancaman azab di akhirat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasululah ﷺ bersabda: مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ شَرِبَ سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (Sahih Muslim no. 109)

b) Berdasarkan data dan laporan daripada Astro Awani, bilangan kematian semakin mengingkat ketika wabak covid-19 mula menyerang pada tahun 2019 dan 2020.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, jika dibandingkan dalam tempoh dua tahun ini, tahun 2019 merekodkan 188 kes yang dihadiri oleh bomba manakala tahun 2020 sehingga 30 November, ia telah meningkat kepada 226 kes.

- Datuk Nor Hisham Mohammad ( 13 December 2021), Astro Awani 

c) Berdasarkan daripada WHO, setiap tahun 703 000 orang membunuh diri dan lebih ramai orang cuba membunuh diri. Setiap inisden bunuh diri adalah tragedi yang memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan seluruh negara dan mempunyai kesan yang berpanjangan kepada orang yang ditinggalkan. Bunuh diri berlaku sepanjang hayat dan merupakan punca utama kematian keempat dalam kalangan remaja berusia 15-29 tahun di seluruh dunia pada 2019.

d) Berdasarkan LIfeNews Agency,   sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dalam tahun 2019 sehingga Mei 2021 di negara inisecara purata. Seperti dijelaskan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, iaitu Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, kes bunuh diri yang dicatatkan pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 kes. Manakala pada tahun 2020 sebanyak 631 kes dan bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 pula berjumlah 468 kes

Pecahan mengikut jantina bagi tempoh yang sama adalah seramai 281 orang lelaki dan 1,427 orang wanita telah dilaporkan membunuh diri. Kebanyakan mangsa yang terlibat adalah berumur 15 hingga 18 tahun iaitu berjumlah 872 orang dan mangsa berumur 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang.

Negeri Johor telah mencatatkan kes tertinggi pada tahun 2019 dan tahun 2020 iaitu sebanyak 101 kes. Manakala pada tahun 2021 (Januari hingga Mei), negeri Selangor telah mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes.

 Datuk Seri Abd. Jalil Hassan (1 JULY 2021), LifeNews Agency

e) Berdasarkan HealthLine, 50% mengatakan bahawa masalah mental menyumbang kepada kes kematian bunuh diri berbanding dengan punca-punca yang lain.


  • https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3914-al-kafi-1491-hukum-membunuh-diri-dengan-sengaja-melanggar-peraturan-jalan-raya
  • https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bunuh-diri-naik-mendadak-melonjak-20-peratus-berbanding-tahun-lepas-272931
  • https://my.lifenewsagency.com/2021/07/01/purata-dua-orang-bunuh-diri-setiap-hari-di-malaysia-dalam-tahun-2019-hingga-mei-2021-pdrm/
  • https://www.healthline.com/health/suicide-and-suicidal-behavior#suicidal-signs
  • https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/suicide

Post a Comment

Previous Post Next Post