PENGENALAN KURSUS
UHS1022 SOFT SKILLS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kami adalah 6 orang pelajar tahun pertama dari Universiti Malaysia Pahang sedang menjalankan proces pembelanjaran dalam subjek Soft Skills dari segi kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat, moral dan etika profesional, serta kecerdasan rohani.
Kini kami sudah diberikan tugasan untuk menyiapkan projek Penemuan Isu Semasa atau Current Issues Discovery (CID) dimana kami akan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari oleh di dalam kelas. Dalam pada itu, Blog ini tercipta sebagai platform kami dalam menyiapkan projek tersebut.
Isu yang ingin kami ketengahkan dalam blog ini ialah "Isu Kes Bunuh Diri Dalam Kalangan Rakyat Malaysia". Kes bunuh diri ini telah lama berlaku pada masa lepas tetapi semenjak wabak ini telah membawa perubahan kepada orang ramai, bilangan kematian telah meningkat tinggi akibat daripada terjejas hasil pendapatan seharian mereka serta kesihatan mental. Tidak kira sebelum atau selepas Covid atau banyak sedikit bilangan kematiannya, isu amatlah tragis, khususnya apabila berlaku dalam kalangan ahli keluarga mereka. Oleh itu, kita percaya bahawa isu ini harus diambil serius dan kami juga ingin mentengahkan untuk tidak berputus asa dalam menghadapi segala jenis dugaan, kerana setiap dugaan mesti ada hikmahnya.
Nantikan maklumat lanjut dan sila tinggalkan beberapa komen di bawah ya !
😁💗