MENCARI PENYELESAIAN
HASIL
PERBINCANGAN |
|
Solusi |
Penerangan |
1. Dekatkan diri dengan
tuhan (Spiritual Intelligences) |
Mengingati,
mengenali dan merapatkan diri dengan Tuhan setiap ditimpa musibahadalah,
dengan kata lain, mempunyai kecerdasan Rohani atau Spiritual Intelligences
yang kuat dalam diri kita.
Untuk
menavigasi kehidupan diri kita kearah keimanan dan ketakwaan kepada Allah
SWT, di mana seluruh tujuan utama hidup kita adalah kerana Allah S.W.T.
sehingga akhir hayat. |
2. Aktiviti berfaedah
|
Melakukan
aktiviti kegemaran anda dalam keadaan yang menyeronokkan akan memberi
kepuasan dalam diri serta melepaskan diri dari masalah untuk sementara waktu.
Dapat
membantu mereka untuk melepaskan diri daripada kemurungan serta mampu
mengubah kehendak mereka untuk melakukan perbuatan bunuh diri tersebut.
|
3. Nasihat Doctor Pakar
|
Rujuk
kes begini kepada pakar kesihatan mental profesional dan jangan takut atau
malu untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada individu yang
lebih professional seperti pakar psikologi.
Pakar
psikologi atau doktor lebih mengetahui tahap keadaan individu tersebut, dan
kebiasaannya rawatan awal yang diberikan hanyalah nasihat serta cara untuk
menangani masalah atau tekanan yang dihadapi. |
4. Sokongan Moral
|
Berilah
perhatian dan sokongan moral yang tinggi kepada setiap individu yang rapat
dengan kita.
Kita
mungkin tidak sedar akan keadaan dalaman mereka yang bermasalah, namun
pencegahan awal boleh dilakukan melalui individu yang paling hampir iaitu
ahli keluarga itu sendiri.
Dekatilah
mereka dan wujudkan hubungan yang erat bagi membolehkan mereka lebih berasa
kuat ketika menghadapi sebarang masalah atau tekanan dalam hidup.
|
5. Elakkan persekitaran
negative
|
Mereka
yang mempunyai niat untuk membunuh diri akan sentiasa cuba mencari jalan awal
untuk menamatkan riwayat mereka jika dapat merasakan keadaan hidup mereka
akan menjadi lebih teruk daripada apa mereka jangkakan.
Walaupun
hidup kita dipenuhi dengan persekitaran negatif, seharunsya kita mestilah
keluar daripada persekitaran tersebut buat seketika untuk menenangkan diri ke
persekitaran positif .
|