STEP 5 - PERBINCANGAN BERKUMPULAN

 PERBINCANGAN



Perbincangan Kumpulan


Contoh perbincangan yang telah dibuat melalui Google Meet


Sebelum rakaman sesi temu duga, perbincangan secara berkumpulan telah diadakan untuk memilih jalan penyelesaian terbaik selain daripada maklumat-maklumat yang telah diperoleh beserta soalan-soalan yang sesuai ditanyakan kepada penemu bual. Dalam pada itu, setiap seorang daripada kami akan cuba memberi satu idea yang bernas atau sekurang-kurangnya memilih jalan penyelesaian yang dianggap sebagai idea terbaik. Seperti yang diketahui. Idea-idea yang diberikan ialah seperti berikut:

- Memperbanyakkan Kempen Kesedaran Berkaitan Bunuh Diri.
- Pertambahan Pegawai Kaunseling.
- Memperkasakan Pendidikan Berkaitan Kaunseling di Peringkat Sekolah.
- Sentiasa Berhubung
- Guru, Majikan dan Pensyarah Perlu Peka Dengan Keadaan Pelajar atau Pekerja Mereka

Pada akhir perbincangan, kumpulan telah memilih sentiasa berhubung merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik daripada semua. Hal ini kerana, setiap individu mahu mereka mengambil berat dan memahami luahan masalah-masalah mereka dengan orang tersayang atau orang boleh dipercayai oleh mereka untuk memberi sokongan dan kekuatan emosi dan fizikal dalam membantu mereka menghadapi masalah seperti memberi nasihat, kasih saying, pertolongan dan pelbagai lagi perkara yang mampu memberikan sokongan dan kekuatan tersebut.



Post a Comment