JALAN PENYELESAIAN BARU
Selain daripada maklumat-maklumat yang diperoleh, kita perlu menggandakan usaha kita bagi mencegah gejala bunuh diri di seluruh global daripada meningkat tinggi. Kesemua mangsa mempunyai memerlukan bantuan daripada kita memberi sokongan dan kekuatan samada secara terang atau sebaliknya bagi menghilangkan kesakitan dan kesengsaraan bagi merasa ketenangan dan kegembiraan seperti orang lain.
Oleh itu, antara jalan penyelesaian yang dapat dipetik oleh kami ialah :-
1. Pertambahan Pegawai Kaunseling.
Pegawai kaunseling adalah antara individu yang sering dicari oleh mereka yang mempunyai masalah peribadi, termasuk masalah kemurungan. Pertambahan pegawai yang disebutkan ini sememangnya boleh membantu setiap golongan masyarakat bukan sekadar mangsa, tetapi keluarga mangsa sekiranya ingin bertanyakan mengenai situasi anaknya ataupun sedara mara. Tidak hanya itu, peningkatan pegaia kaunseling ini juga dapat meningkatkan penggunaan talian hotline untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pihak masyarakat.
Tambahan pula, setelah bilangan pegawai kauseling bertambah, mangsa atau pesakit mampu mendapatkan rawatan dengan segera dan cepat apa mereka memerlukan bantuan kaunseling bagi meluahkan perasaan, lalu secara langsung dapat mencegah perlakuan atau niat mereka untuk membunuh diri kerana segala beban yang dibawa telah pun dilepaskan kepada pegawai kauseling bersama jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh mereka.
2. Memperbanyakkan Kempen Kesedaran Berkaitan Bunuh Diri.
Kempen kesedaran ini adalah satu usaha yang perlu dilaksanakan oleh pihak pihak tertentu tidak kira dalam kalangan kerajaan ataupun dalam kalangan masyarakat sendiri. Jika kita menelusuri dunia masyarakat berbudaya negatif, kebanyakkan dari mereka kurang memahami kesan yang akan berlaku atas perbuatan bunuh diri. Mentaliti juga adalah satu aspek yang perlu diubah dalam kempen. Hal ini disebabkan oleh diri mereka yang beranggapan bahawa mati adalah lebih baik dari menghadapi masalah. Banyak kempen yang boleh dijalankan untuk memenuhi aspek aspek diatas.
Antara kempennya ialah kempen pencegahan bunuh diri tidak kira di peringkat daerah, negeri atau di peringkat kebangsaan sekalipun. Selain dari kempen secara fizikal, kempen secara maya berkaitan penyebaran iklan mengenai kesedaran mengenai bunuh diri juga adalah satu idea yang kreatif. Sebagai contoh penyebaran iklan didalam media sosial.
3. Memperkasakan Pendidikan Berkaitan Kaunseling di Peringkat Sekolah.
Jika dilihat Pendidikan pada masa kini, mereka beranggapan mata pelajaran sampingan seperti Pendidikan Sivik tidak penting. Ada kalanya beberapa sekolah menggantikan mata pelajaran tersebut dengan mata pelajaran teras seperti Bahasa melayu, matematik, sains dan Bahasa inggeris. Ini adalah antara kesilapan kecil di peringkat sekolah sendiri yang perlu ditangani. Sebaliknya, mata pelajaran sampingan yang berkaitan dengan hal-hal kaunseling juga adalah penting untuk diterapkan dalam kalangan pelajar bagi mengesan individu lain yang mempunyai kelakuan yang ingin mencederakan diri mereka sendiri atau masalah kesihatan mental termasuk kemurungan. Oleh iru, memperkasakan Pendidikan yang berkaitan juga adalah perkara yang perlu dilakukan.
Sebagai contoh, khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah jawatan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan salah satu jawatan yangdijalankan secara teori dan praktikal di peringkat sekolah pada masa kini bagi melatih pelajar khususnya, pelajar remaja agar dapat mengenali dan menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
4. Sentiasa Berhubung.
Sentiasa berhubung juga merupakan cara untuk orang lain mengenalpasti tanda-tanda seseorang untuk mempunyai masalah ataupun tidak. Ini adalah tugas bagi orang orang yang berdekatan dengan mangsa seperti ibu bapa, sedara mara, mahupun sahabat handai sendiri. Kebiasaannya, seseorang yang mempunyai masalah lebih selesa untuk berkongsi bersama sahabat karib. Maka ini juga adalah antara cara yang terbaik untuk orang terdekat sendiri memberikan perhatian lebih kepada mangsa sekiranya dikenalpasti mempunyai masalah serius.
Oleh itu, kita haruslah menghabiskan lebih banyak masa bersama mereka dengan lebih kerap sambil memerhatikan dan mengenal pasti tanda-tanda tingkah laku bunuh diri. Sekiranya mereka mempunyai tingkah laku tersebut, berikanlah kepada mereka motivasi dan sokongan emosi sambil membiarkan mereka meluahkan masalah mereka kepada kita, memahami apa yang mereka lalui dan yang paling penting jangan sekali-kali memperlekehkan masalah mereka, kerana kita semua mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri dalam menghadapi sesuatu masalah. Ini mampu membuatkan mereka berasa lebih baik dan dihargai kerana mempunyai seseorang untuk menyokong apabila diperlukan serta memahami penderitaan mereka. Ringkasannya, mengetahui bahawa ada orang yang masih berada disisinya untuk menyokong mereka, mampu meminimumkan risiko seseorang tersebut melakukan percubaan bunuh diri.
5. Guru, Majikan dan Pensyarah Perlu Peka Dengan Keadaan Pelajar atau Pekerja Mereka.
Betul, kerja sekolah atau tugasan juga penting kepada pelajar untuk mengenalpasti bahawa pelajar tersebut faham atau tidak memahami apa yang diajar oleh pengajar atau tugasan yang dilakukan bagi kebaikan sesebuah syarikat jika dipandang dari segi pekerjaan. Yang pasti, jika majikan dan pengajar tidak peka dengan keadaan atau tingkah laku yang abnormal terhadap pelajar atau pekerja masing, seperti prestasi yang pekerjaan yang semakin teruk secara tiba-tiba.
Dalam pada itu, jika terdapat seorang pelajar atau pekerja yang bermasalah bersama sebab yang munasabah seperti datang lambat kelas, tidak menyiapkan tugasan dan selebihnya, pengajar dan majikan seharusnya membuat rundingan dengan mereka bagi mengetahui apa masalah yang dihadapi oleh mereka setelah bagi memahami apa sedang dilalui oleh mereka bagi mengurangkan bebanan mereka semua bagi mengelakkan masalah kesihatan seperti masalah mental.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama bergerak ke arah masa depan yang cerah bersama-sama tanpa meninggalkan sesiapa di belakang.