INISIATIF DAN USAHA MENCEGAH ISU BUNUH DIRI
Seperti yang kita sedia maklum, isu cubaan bunuh diri adalah satu insiden tragedi yang amat dahsyat dihadapi oleh semua ahli keluarga serta rakan karib mereka, yang mana akan memberi impak yang besar kepada setiap seorang daripada mereka. Disebab itu, kita perlu mencegahnya dengan segera sebelum bilangan kematian menjadi lebih teruk. Jadi, apa perlu kita lakukan sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam kategori ini? Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu individu lain yang termasuk dalam kategori ini ?
1. Dekatkan diri dengan tuhan (SE)
Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghalang tindakan bunuh diri. Namun, kita perlu mengutamakan diri dahulu sebelum orang lain, sebaliknya tiada siapa yang boleh membantu sesiapa. Antaranya mengingati dan merapatkan diri dengan Tuhan setiap ditimpa musibahadalah, dengan kata lain, mempunyai kecerdasan Rohani atau Spiritual Intelligences yang kuat dalam diri kita. Hal ini penting kerana untuk menavigasi kehidupan diri kita kearah keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, di mana seluruh tujuan utama hidup kita adalah kerana Allah S.W.T. sehingga akhir hayat. Dengan memiliki kemahiran ini, kita akan dapat mengenal pasti tujuan utama hidup kita untuk memperjuangkan masa depan kita, jika tidak, dengan mudah kita diseret ke jalan yang lebih gelap dan duka yang akan membuatkan kita berasa tidak berharga dan hilang harapan untuk hidup di masa depan yang akan membawa kepada satu lagi kes bunuh diri.
Sebagai contoh, menghadiri majlis agama ilmu di masjid atau mana-mana tempat lain supaya mereka dapat melupakan masalah mereka buat sementara waktu dan ingat kembali tujuan hidup mereka semata-semara kepada Tuhan dan yang mengatur segala-segala serta memberi peringatan kepada mereka bahawa bertapa besarnya dosa membunuh diri dan balasan sekira melakukannya bagi memberikan ketakutan kepada mereka bagi mengelakkan mereka daripada kelakuan tersebut.
2. Aktiviti berfaedah
Kenalpasti hobi serta minat anda dan jadikan ia sebagai salah satu cara untuk melegakan tekanan dalam diri yang anda. Melakukan aktiviti kegemaran anda dalam keadaan yang menyeronokkan akan memberi kepuasan dalam diri. Carilah aktiviti yang menyeronokkan tidak kira outdoor atau indoor dan lakukannya bersama-sama keluarga atau rakan-rakan yang mampu memberi impak yang kuat kepada mereka sambil membina satu hubungan yang erat. Ini dapat membantu mereka untuk melepaskan diri daripada kemurungan serta mampu mengubah kehendak mereka untuk melakukan perbuatan bunuh diri tersebut.
Sebagai contoh, hiking, cycling, dan larian menjadi pilihan ramai pada masa kini kerana selain daripada dapat menyihatkan badan serta mental, secara langsung dapat membantu mereka untuk berfikir secara waras tanpa diselebungi oleh kemurungan. Lebih baik lagi, jika dilakukan bersama-sama orang kita sayangi, mereka dapat rasakan yang diri mereka masih lagi berharga pada seseorang lalu dapat meningkat semangat mereka untuk teruskan berjuang dalam kehidupan.
3. Nasihat Doctor Pakar
Kebanyakan kes bunuh diri disebabkan pelbagai masalah dalam kehidupan masing-masing yang menuju kearah kemurungan klinikal. Oleh itu, rujuk kes begini kepada pakar kesihatan mental profesional dan jangan takut atau malu untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada individu yang lebih professional seperti pakar psikologi. Persepsi negatif masyarakat yang menyatakan bahawa individu yang mempunyai masalah mental atau gila sahaja yang mendapatkan rawatan psikologi seharusnya dibuang kerana masalah mental perlu dirawat dan difahami bukannya dikecam dan dipulau daripada masyarakat. Pakar psikologi atau doktor lebih mengetahui tahap keadaan individu tersebut, dan kebiasaannya rawatan awal yang diberikan hanyalah nasihat serta cara untuk menangani masalah atau tekanan yang dihadapi. Jangan segan untuk keluar dan mencari pertolongan professional kerana itulah yang sebaiknya daripada anda melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri kelak!
Sebagai contoh, Kenalkan mereka dengan NGO seperti Befrienders, penasihat spiritual atau individu lain yang dipercayai yang boleh membantu mereka bagi memberi hala tuju jalan penyelesaian yang lebih baik dan selamat. Jika perlu minta dan simpan nombor mereka dalam smartphone agar mudah dihubungi apabila perlu meluah sesuatu secara terus atau meminta nasihat daripada mereka tentang apa yang perlu mereka buat dalam mengatasi masalah tekanan atau kemurungan mereka satu langkah demi satu langkah bagi mengelak diri mereka daripada tersilap langkah yang boleh merosotkan progress rawatan mereka dalam menghentikan tindakan bunuh diri.
4. Sokongan Moral
Berilah perhatian dan sokongan moral yang tinggi kepada setiap individu yang rapat dengan kita. Kita mungkin tidak sedar akan keadaan dalaman mereka yang bermasalah, namun pencegahan awal boleh dilakukan melalui individu yang paling hampir iaitu ahli keluarga itu sendiri. Wujudkan persekitaran yang harmoni dalam keluarga, berkomunikasi dengan cara yang betul serta didiklah anak-anak dengan didikan agama yang lengkap bagi menjadi benteng dalam diri mereka. Dekatilah mereka dan wujudkan hubungan yang erat bagi membolehkan mereka lebih berasa kuat ketika menghadapi sebarang masalah atau tekanan dalam hidup.
Sebagai contoh, ahli keluarga mahupun jiran terdekat perlu mengambil tahu tentang permasalahan yang dihadapi oleh mereka seperti tanda-tanda kemurungan pada seseorang termasuk perubahan tingkah laku, kehilangan selera makan dan tidur, serta sentiasa kelihatan sedih dan tertekan. Jika terdapat tanda tersebut, hulurkan bantuan dan sebarkan kasih saying dan pertolongan sesama kita supaya mereka tidak merasakan diri mereka menghadapi kesukaran tersebut keseorangan, sebelum wujudnya penyesalan dalam diri kita kerana sudah terlambat.
5. Elakkan persekitaran negative
Mereka yang mempunyai niat untuk membunuh diri akan sentiasa cuba mencari jalan awal untuk menamatkan riwayat mereka jika dapat merasakan keadaan hidup mereka akan menjadi lebih teruk daripada apa mereka jangkakan. Oleh itu, cara lain untuk mencegah bunuh diri adalah dengan menjauhkan diri mereka daripada persekitaran negative yang mempunyai potensi untuk meningkatkan kehendak mereka untuk membunuh diri. Walaupun hidup kita dipenuhi dengan persekitaran negatif, seharunsya kita mestilah keluar daripada persekitaran tersebut buat seketika untuk menenangkan diri ke persekitaran positif seperti masjid, amat penting dan diperlukan oleh mereka untuk meningkat semangat untuk teruskan hidup dan mengatasi cabaran yang menbebankan hidup mereka.
Sebagai contoh, apabila mereka sudah tidak dapat tahan dengan dipersekitaran negatif mereka, pastikan mengehadkan akses mereka kepada objek atau tempat berbahaya. Jangan biar mereka simpan objek tajam atau bahan beracun serta tempat tinggi atau berdekatan air berseorangan. Bukan itu sahaja, mereka mesti dijauhkan diri dari orang yang tidak memberi sokongan serta tidak bermoral dan meremehkan masalah dan diri mereka sendiri lalu secara langsung menggalakan mereka untuk melakukan tindakan untuk membunuh diri. Pastikan mereka berada mempunyai masa untuk menenangkan diri mereka dahulu sebelum kembali persekitaran tersebut.
Secara ringkasnya, kita mestilah sentiasa kuat dan jangan putus asa dengan harapan kita di masa hadapan kerana semua kesusahan mesti ada hikmah disebaliknya.
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"- Quran 12:87 – Surat Yusuf
RUJUKAN
- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perlu-lebih-empati-dalam-menangani-kes-bunuh-diri-319002
- https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/kementerian-kesihatan-komited-cegah-bunuh-diri-dari-awal/
- https://mypositiveparenting.org/ms/2018/04/09/mencegah-remaja-bunuh-diri/
- https://www.hmetro.com.my/sihat/2021/09/760437/cegah-tingkah-laku-bunuh-diri
- https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/mhpss-kesihatan-mental-dan-sokongan-psikososial-ketika-pandemik-covid-19
- https://www.sinarharian.com.my/article/153205/SUARA-SINAR/Lidah-Pengarang/Kes-bunuh-diri-membimbangkan
- https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/753177/masyarakat-perlu-main-peranan-cegah-tingkah-laku-bunuh-diri
- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hari-pencegahan-bunuh-diri-sedunia-bekerja-bersama-untuk-mencegahnya-258675