STEP 2 - PUNCA UTAMA

PUNCA UTAMA

(Karangan Naratif)

Isu atau masalah utama di sebalik kes ini :-

Seperti yang kita sedia maklum, kes bunuh diri telah menjadi salah satu peristiwa kes kematian yang amat dibimbangkan yang berlaku di seluruh dunia, di mana ia menjadi punca utama kematian keempat, terutamanya dalam kalangan remaja kerana kes ini menjadi lebih teruk dari masa ke masa, terutamanya dengan melandanya pandemik Covid-19. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan organisasi lain yang berkaitan telah mencuba sedaya upaya untuk mencegah sebarang kematian lagi dengan menyiasat dan mengenal pasti punca isu ini.



Kebanyakan hasil penyiasatan ini menyatakan bahawa punca utama berlakunya isu bunuh diri ini berlaku adalah kerana kemurungan yang teruk, iaitu gangguan mood atau emosi yang disebabkan oleh perasaan sedih yang akan menghala kearah kemurugnan lalu menghilangkan minat yang berterusan untuk melakukan aktiviti disebabkan oleh peristiwa negatif atau tragedi hidup yang berlaku dalam hidup masing-masing.  


Terdapat pelbagai punca boleh menyebabkan berlakunya kemurungan seperti tekanan akibat kerja atau tugasan, gejala buli, masalah hubungan, beban kewangan dan banyak lagi perkara lain yang membawa kepada kemurungan. Seperti yang kita tahu, semua peristiwa ini berlaku kepada setiap seorang daripada kita pada bila-bila masa tanpa disedari ia akan berlaku, bila-bila masa ia adalah peristiwa kecil atau sebaliknya ia akan membawa kesan kepada orang tersebut.Adalah penting untuk mengetahui bahawa kemurungan dan tekanan (stress) bukanlah suatu perkara yang sama. Individu yang mengalami kemurungan lebih sukar untuk dikenal pasti kerana secara luaran, dia kelihatan baik, gembira serta sihat tetapi di dalam dirinya agak teruk.



Oleh itu, cara seseorang menangani kesan daripada peristiwa ini, akan menentukan kesan ke atas diri kita sendiri, terutamanya dari segi mentaliti kita. Jika kita gagal menangani kemurungan kita dengan betul beserta langkah-langkah pencegahan, ia akan membawa kepada pemulaan niat mereka untuk membunuh diri yang akan menjadi lebih teruk seiring dengan berlalunya masa.

 



Secara ringkasnya, cubaan membunuh diri bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana mereka percaya tiada penyelesaian kepada masalah hidup mereka atau menyatakan bahawa kewujudan mereka adalah penting kepada orang lain. Itu jelas sekali tidak benar, kerana setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam hidup ini sama ada untuk diri kita sendiri atau orang lain di sekeliling kita. Itulah sebabnya, kita tidak boleh berputus asa untuk berjuang melalui kejayaan tidak kira betapa sukarnya, sentiasa ada penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi, kita hanya perlu terus berjuang, berdoa kepada Allah dan terus berjuang hingga ke penghujungnya.


Step 2 - Menganalisis dan mengenal pasti masalah utama




Kes bunuh diri berlaku disebabkan oleh pelbagai punca-punca seperti kemurungan, masalah sosial, falsafah mengenai kematian dan penyakit mental. Namun, antara semua punca yang kerap dikesan, terdapat satu punca utama yang menyumbang kepada berlakunya kes bunuh diri ialah kemurungan. Kemurungan merupakan satu gangguan perasaan seseorang yang boleh dihidap oleh semua manusia tidak kira umur, jantina serta latar belakang. Ini boleh menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan dan melampau yang turut menyebabkan ketiadaan semangat dalam diri, hilang minat dalam aktiviti seharian biasa, beserta masalah social dan penyakit mental.


Kemurungan berlaku disebabkan pelbagai masalah, dugaan serta tragedi yang dihadapi oleh seseorang termasuk punca-punca seperti gejala buli, mematian orang tersayang, hilang kerja, kewangan dan lain-lain punca, sehingga mencetuskan kemurungan yang teruk. Lebih teruk apabila tiada orang yang bersamanya untuk memberi sokongan kepada individu yang tidak mampu menaggung dugaan tersebut seorang diri.



Kesannya, kerap kali di pamerkan di berita akhbar mengenai kes bunuh diri disebabkan perasaan takut dan trauma yang teruk akibat kes buli, kematian orang tersayang yang menghilangkan tujuan hidup mereka dan lain-lain kes berkaitan. Punca-punca ini dianalisis daripada pelbagai rujukan seperti berita di Astro Awani, dimana punca inilah yang banyak mendorong mangsa untuk mengambil tindakan membunuh diri akibat daripada kemunurugan tersebut. 



Oleh itu, orang yang menghadapi kemurungan tersebut percaya bahawa tiada penyelesaian kepada masalah hidup mereka atau menyatakan bahawa kewujudan mereka adalah penting kepada orang lain. Itu sememangnya tidak benar, kerana setiap orang mempunyai hak untuk bergembira serta peranan dalam hidup ini. Itulah sebabnya, kita tidak boleh berputus asa untuk berjuang melalui kejayaan tidak kira betapa sukarnya, sentiasa ada penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi, kita hanya perlu terus berjuang, berdoa kepada Allah dan terus berjuang hingga ke penghujung.




RUJUKAN

  1. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bunuh-diri-naik-mendadak-melonjak-20-peratus-berbanding-tahun-lepas-272931
  2. https://my.lifenewsagency.com/2021/07/01/purata-dua-orang-bunuh-diri-setiap-hari-di-malaysia-dalam-tahun-2019-hingga-mei-2021-pdrm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=purata-dua-orang-bunuh-diri-setiap-hari-di-malaysia-dalam-tahun-2019-hingga-mei-2021-pdrm
  3. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/638-kes-bunuh-diri-dalam-7-bulan-meningkat-hampir-60-peratus-323614
  4. Kadar Prevalens Kemurungan dan Cubaan Bunuh Diri dalam kalangan Remaja di Malaysia, Nor Ba’yah Abdul Kadir, Jurnal Psikologi Malaysia, April 2018,150-158 ISSN-2289-8174.                   View :  429-1670-1-SM.pdf / http://journalarticle.ukm.my/14966/1/429-1670-1-SM.pdf
  5. https://wanista.com/2019/193954/ini-punca-sebab-mengapa-ada-orang-terfikir-nak-bunuh-diri/
  6. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/638-kes-bunuh-diri-dalam-7-bulan-meningkat-hampir-60-peratus-323614
  7. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/833673/kes-bunuh-diri-meningkat
  8. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862128/kes-bunuh-diri-meningkat-143-peratus
  9. https://www.malaysiakini.com/news/592085

Post a Comment