STEP 3 - MENCARI JALAN PENYELESAIAN

 

MENCARI PENYELESAIAN




PERBINCANGAN :-

HASIL PERBINCANGAN

Solusi

Penerangan

1. Dekatkan diri dengan tuhan (Spiritual Intelligences)

Mengingati, mengenali dan merapatkan diri dengan Tuhan setiap ditimpa musibahadalah, dengan kata lain, mempunyai kecerdasan Rohani atau Spiritual Intelligences yang kuat dalam diri kita.

 

Untuk menavigasi kehidupan diri kita kearah keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, di mana seluruh tujuan utama hidup kita adalah kerana Allah S.W.T. sehingga akhir hayat.

2. Aktiviti berfaedah

 

Melakukan aktiviti kegemaran anda dalam keadaan yang menyeronokkan akan memberi kepuasan dalam diri serta melepaskan diri dari masalah untuk sementara waktu.

 

Dapat membantu mereka untuk melepaskan diri daripada kemurungan serta mampu mengubah kehendak mereka untuk melakukan perbuatan bunuh diri tersebut.

 

3. Nasihat Doctor Pakar

 

Rujuk kes begini kepada pakar kesihatan mental profesional dan jangan takut atau malu untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada individu yang lebih professional seperti pakar psikologi.

 

Pakar psikologi atau doktor lebih mengetahui tahap keadaan individu tersebut, dan kebiasaannya rawatan awal yang diberikan hanyalah nasihat serta cara untuk menangani masalah atau tekanan yang dihadapi.

4. Sokongan Moral

 

Berilah perhatian dan sokongan moral yang tinggi kepada setiap individu yang rapat dengan kita.

 

Kita mungkin tidak sedar akan keadaan dalaman mereka yang bermasalah, namun pencegahan awal boleh dilakukan melalui individu yang paling hampir iaitu ahli keluarga itu sendiri.

 

Dekatilah mereka dan wujudkan hubungan yang erat bagi membolehkan mereka lebih berasa kuat ketika menghadapi sebarang masalah atau tekanan dalam hidup.

 

Elakkan persekitaran negative

 

Mereka yang mempunyai niat untuk membunuh diri akan sentiasa cuba mencari jalan awal untuk menamatkan riwayat mereka jika dapat merasakan keadaan hidup mereka akan menjadi lebih teruk daripada apa mereka jangkakan.

 

Walaupun hidup kita dipenuhi dengan persekitaran negatif, seharunsya kita mestilah keluar daripada persekitaran tersebut buat seketika untuk menenangkan diri ke persekitaran positif .

 


RINGKASAN

Berdasarkan hasil perbincangan di atas, terdapat lima perkara yang telah diberikan bagi menhentikan tindakan bunuh diri dalam kalangan masyarakat. Pada mulanya, jikalau kita mempunyai masalah kemurungan dan keinginan untuk membunuh diri, kita perlu mengutamakan diri dahulu sebelum orang lain dengan cara mendekatkan diri dengan tuhan atau mempunyai spiritual yang tinggi. Kemudian, setelah berjaya mengatasi masalah dalam diri, kita mampu memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan dengan cara melakukan aktiviti berfaedah bersama orang tersayang, mendapat nasihat dan garis panduan daripada Doctor Pakar, memberi sokongan moral kepada mereka yang menghadapi kesukaran dalam hidup dan sentiasa elakkan diri daripada persekitaran negatif dan dekatkan diri kepada persekitaran positif. Kesemua hal tersebut amatlah penting untuk kita memberi bantuan kepada mangsa yang menghadapi kemurungan dalam diri mereka kerana mereka semua memerlukan pertolongan daripada satu sama lain. Jika kita berjaya membantu mereka semua, ini dapat menghentikan perlakuan mereka dalam isu bunuh diri pada masa terdekat serta dapat memberi keuntungan kepada semua pihak dalam mengurangkan bilangan kematian akibat daripada bunuh diri.

Post a Comment

Previous Post Next Post