STEP 4 - PENYELESAIAN MASALAH

 PENYELESAIAN MASALAH

Kita sudah sedia maklum bahawa kes bunuh diri ini telah menjadi salah satu peristiwa kes kematian yang amat dibimbangkan yang berlaku di seluruh dunia berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan organisasi lain yang berkaitan dan kini meningkat tinggi ketika wabak Covid-19 menjangkiti seluruh dunia.

Kebanyakan hasil penyiasatan ini menyatakan bahawa punca peratusan utama yang meyumbang kepada isu bunuh diri ini adalah akibat daripada kemurungan yang teruk disebabkan oleh pelbagai masalah, dugaan serta tragedi yang dihadapi oleh seseorang termasuk punca-punca seperti gejala buli, mematian orang tersayang, kewangan dan lain-lain punca.



Realitinya, kita semua akan diuji melalui peristiwa hitam ini berlaku kepada setiap seorang daripada kita pada bila-bila masa dan yang pasti, setiap dugaan ditimpa mesti ada hikmah disebaliknya tetapi kita perlu sentiasa kuat dan tabah  dalam  menangani kesan daripada peristiwa ini, khususnya, dari segi mentaliti kita. Jika kita gagal menangani dugaan dan kemurungan beserta langkah-langkah pencegahan yang betul, ia akan membawa kepada pemulaan niat mereka untuk membunuh diri yang akan menjadi lebih teruk seiring dengan berlalunya masa.

Hal ini kerana, mereka yang menghadapi kemurungan tersebut percaya bahawa tiada penyelesaian kepada masalah dalam hidup mereka. tetapi kita perlu ingat bahawa Allah megatur segala-segalanya yang akan menjamin kegembiraan diri kita pada akhir waktu, tetapi mereka tidak dapat melihat petunjuk tersebut.. Itulah sebabnya, kita perlu menghulurkan bantuan kepada mereka untuk mencari hikmat dan pentujuk tersebut supaya mereka tidak akan berputus asa dalam meneruskan hidup untuk berjuang. 

Antara langkah yang boleh kita ambil untuk menangani isu bunuh diri ialah :-

1. Mendekatkan diri dengan tuhan (Spiritual Intelligences)


Berdasarkan maklumat yang kami perolehi iaitu berkaitan dengan cara untuk mengatasi isu bunuh diri ini. Kumpulan kami sependapat bahawa langkah yang utama dan yang paling penting adalah membantu diri kita diri sendiri dahulu dengan cara mendekatkan diri dengan tuhan. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas mengenai langkah ini dimana segala masalah, asbabnya,dan situasinya adalah dibawah kehendak Allah S.W.T. Maka sebagai hambanya, adalah wajar untuk kita memahami dan menghayati apa tujuam kita berada di bumi dan kita hidup ini adalah untuk siapa ? Sudah tentu semuanya kerana Allah S.W.T , dimana kita mesti memohon dan mendekatkan diri dengan Nya dahulu berulah diikuti dengan usaha dan tindakan untuk membantu orang lain yang mempunyai masalah yang sama. 

Secara alaminya, siapa yang ada usaha untuk mendekatkan diri dengan tuhan adalah manusia yang sangat dicintai oleh tuhannya. Jika dilihat dari segi emosi dan cara berfikir, mereka yang dekat dengan Allah S.W.T adalah kelompok masyarakat yang mempunyai hati yng tenang dan minda yang lebih terbuka. Dengan kata lain, sekiranya individu itu lebih dekat dengan tuhan, kemunkinan untuk individu tersebut untuk meragut nyawa sendiri adalah lebih tipis kerana adanya pegangan yang kuat dalam mempercayai bahawa setiap dugaan mesti hikmahnya dan mesti ada tempat untuk dirinya bergembira pada akhir perjuangan hidup mereka.

2. Aktiviti berfaedah.

Berikutan dengan pendekatan diri terhadap tuhan itu adalah langkah utamanya, menjalankan aktiviti berfaedah pula adalah salah satu tindakan yang sangat baik untuk mengurangkan perasaan ataupun emosi negatif dalam diri. Aktiviti berfaedah in termasuklah aktiviti riadah, membaca, dan mendengar lagu. Boleh dikatakan aktiviti yang berfaedah ini juga adalah hob yang suka dilakukan. Sekiranya seseoang itu mmpunyai masalah dan mempunyai petanda murung dan depresi, ini adalah langkah yang baik dimana mereka boleh mencari hobi mereka sendiri. 

Dengan itu, emosi negatif tersebut boleh dikurangkan. Sebagai contoh, mereka yang suka bermain alat muzik seperti gitar, boleh menggunakan hobi tersebut untuk mengubati diri yang sedang semakin tenggelam dengan kesedihan. Ini secara langsung dapat membantu mereka untuk berfikir secara waras tanpa diselebungi oleh kemurungan. Lebih baik lagi, jika dilakukan bersama-sama orang kita sayangi, mereka dapat rasakan yang diri mereka masih lagi berharga pada seseorang lalu dapat meningkat semangat mereka untuk teruskan berjuang dalam kehidupan.

3. Nasihat Doktor Pakar

Doktor pakar adalah antara cara yang paling berkesan dalam kalangan masyarakat untuk menangani isu bunuh diri terutamnya bagi mereka yang mempunyai masalah hidup. Hal ini dikatakan demikian kerana, doktor pakar ini adalah doktor terlatih yang mempunyai pengalaman dan ilmu yang tinggi untuk menangani isu ini. Maka, setiap cadangan dan arahan yang diberikan sememangnya ada asbabnya yang tersendiri. 

Seperti yang dikatakan sebelum ini, dalam konteks kehidupan, kesemua manusa menjaani kehidupan, dan setiap individu mempunyai kisah hidup yang berbeza-beza. Ada yang mempunyai kisah hidup yang seram, dan ada yang hidup dalam keadaan yang senang. Perkara ini adalah sesuatu yang memang sudah ada didalam minda doktor pakar. Disebabkan itu, mereka adalah orang orang yang boleh dipercayai untuk mengurus minda kita bagi mengubah cara fikir juga membuang mentaliti negatif dalam diri dan lebih mengetahui tahap keadaan individu tersebut. Oleh itu, jangan segan untuk keluar dan mencari pertolongan professional kerana itulah yang sebaiknya daripada anda melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri kelak!

4. Elakkan Persekitaran Negatif


Mereka yang mempunyai niat untuk membunuh diri akan sentiasa cuba mencari jalan awal untuk menamatkan riwayat mereka jika dapat merasakan keadaan hidup mereka akan menjadi lebih teruk daripada apa mereka jangkakan. 

Persekitaran negatif adalah aspek yang juga mempengaruhi emosi dan minda dimana kebanyakan persekitaran tersebut mempunyai pelbagai potensi untuk meningkatkan kehendak mereka untuk membunuh diri. Persekitaran negatif ini bukan sahaja tempat bahaya sepeti tempat tinggi, tapi termasuk juga tempat dimana rakan yang selalu mengajak kearah kemungkaran seperti pergi ke bar untuk minum arak yang melemahkan pemikiran waras, kawasan perumahan yang sering bertengkar antara jiran, dan adik beradik yang sering tidak sefahaman akan meiningkatkan tekanan dan kemurungan mereka. 

Sebaliknya, kita mesti menjauhkan diri mereka daripada persekitaran negatif dan mendekati lebih kearah persekitaran positif seperti masjid, amat penting dan diperlukan oleh mereka untuk meningkat semangat untuk teruskan hidup dan mengatasi cabaran yang menbebankan hidup mereka. Lari dari persekitaran negatif bukanlah bermaksud pengecut, tetapi itu adalah satu kelebihan bagi mangsa untuk menyelamatkan diri mereka daripada pelbagai tekanan hidup dan kemurungan. 


3.20 

Sokongan moral ini sangatlah umum. Boleh dikatakan setiap orang mempunyai sokongan moral masing-masing. Namun, apa yang dimaksudkan disini adalah sokongan moral dari orang lain. Tidak kira dari keluarga, adik beradik mahupun rakan-rakan. Sokongan moral juga boleh berlaku didalam satu kelompok masyarakat dimana mereka berkomunikasi dengan cara yang betul bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni dan bergelak ketawa, serta memberikan didikan agama yang lengkap bagi menjadi benteng dalam diri mereka dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan mereka. 

Dengan cara ini, mereka yang mempunyai masalah kemurungan akan merasa lebih selesa dan perasaan negatif tersebut akan lebih menghilang. Kita perlu peka dengan mereka yang mempunyai ciri-ciri kelakuan bunuh diri tersebut, kerana kita mungkin tidak sedar akan keadaan dalaman mereka yang bermasalah, namun pencegahan awal boleh dilakukan melalui individu yang paling hampir dengannya iaitu ahli keluarga itu sendiri. Wujudkan persekitaran yang harmoni dalam keluarga, . Dekatilah mereka dan wujudkan hubungan yang erat bagi membolehkan mereka lebih berasa kuat ketika menghadapi sebarang masalah atau tekanan dalam hidup. 



Secara ringkasnya, cubaan membunuh diri bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah kerana mereka percaya tiada penyelesaian kepada masalah hidup mereka atau menyatakan bahawa kewujudan mereka adalah tidak penting kepada orang lain. Berdasarkan apa yang dikatakan sebelum ini, itu telah jelas dibuktikan tidak benar, kerana setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam hidup ini sama ada untuk diri kita sendiri atau orang lain di sekeliling kita. Itulah sebabnya, kita tidak boleh berputus asa untuk berjuang melalui kejayaan tidak kira betapa sukarnya, sentiasa ada penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi, kita hanya perlu terus berjuang, berdoa kepada Allah dan terus berjuang hingga ke penghujungnya. 

Post a Comment

Previous Post Next Post